Tor_Books

Tor Books ialah nama perniagaan utama Tom Doherty Associates yang merupakan sebuah syarikat penerbitan yang berpusat di Bandar New York. Kumpulan ini menerbitkan buku fiksyen sains dan fantasi, serta menerbitkan majalah fiksyen sains atas talian di Tor.com.Tor diasaskan Tom Doherty pada tahun 1980. Tor ialah nama perniagaan utama Tom Doherty Associates.[1] Penulis-penulis yang terlibat bawah Tor termasuk Kevin J. Anderson, Steven Burst, Orson Scott Card, Brian Herbert dan lain-lain. Tor menerbitkan berbagai-bagai hasil kerjanya sebagai e-buku, dan pada tahun 2012, Tom mengumumkan bahawa perniagaannya hanya akan menjual e-buku tanpa pengurusan hak digital (DRM) pada Julai tahun itu. Tor menang dalam pertandingan Majalah Locus bagi kategori penerbit fiksyen sains yang paling baik selama 29 tahun berturut-turut dari 1998 hingga 2016.

Tor_Books

Negara asal Amerika Syarikat
Cetak Forge, Starscape, Tor Teen, Orb, Tor.com
Lokasi ibu pejabat Flatiron Building, New York City
Jenis penerbitan Buku, E-buku
Laman web rasmi us.macmillan.com/torforge
Syarikat induk Macmillan
Pengasas Tom Doherty
Diasaskan pada 1980; 40 tahun yang lalu (1980)
Pengedaran Macmillan (US)
Melia Publishing Services (UK)
Orang utama Tom Doherty