Tortellini
Tortellini

Tortellini

Tortellini adalah pasta berbentuk cincin, kadang-kadang juga digambarkan sebagai "berbentuk pusat perut", maka nama alternatif mereka "pusatperut" (ombelico).[1] Mereka biasanya dipenuhi dengan campuran daging (daging babi pinggang, prosciutto) atau keju. Asalnya dari wilayah Emilia Itali (terutamanya Bologna dan Modena), mereka biasanya disaji dalam sup rebusan, sama ada daging lembu, ayam, atau kedua-duanya.[2]Dibungkus, disejuk atau dibeku, tortellini dan tortelloni (serupa tetapi lebih besar, dengan inti keju dan/atau sayur-sayuran) terdapat di seluruh dunia, terutamanya jika terdapat komuniti besar Itali. Tortellini dan tortelloni dibuat dalam industri Eropah untuk membekalkan pasaran di Eropah dan lebih jauh. Tortellini "segar" yang dibungkus biasanya mempunyai jangka tahan selama 7 minggu.