Totally_Spies!
Totally_Spies!

Totally_Spies!

Totally Spies! ialah siri kartun animasi yang diterbitkan oleh Marathon dari Perancis. Siri kartun tersebut telah menyerupai kartun The Powerpuff Girls kerana watak-wataknya amat serupa. Totally Spies! mengisahkan tiga orang gadis Sam, Clover, dan Alex yang berjuang untuk melawan musuh yang mahu menghancurkan dunia. Kumpulan tiga gadis ini telah ditubuhkan di bawah Pertubuhan Perlindungan Kemanusiaan Sedunia WOOHP:World Organization of Human Protection di bawah pengasasnya Jerry ini ialah untuk menjaga keamanan dunia daripada angkara musuh. Siri kartun tersebut direka oleh oleh dua orang pereka Perancis iaitu Vincent Chalvon-Demersay dan David Michel. Siri kartun ini pernah disiarkan di Malaysia menerusi Astro Disney Channel Asia saluran 615 dan saluran TV3. Lebih ketara lagi, apabila siri kartun ini pernah menayangkan sebuah mercu tanda negara Menara Berkembar Petronas iaitu destinasi tiga gadis itu berada di Malaysia adalah menunjukkan tempat tersebut sebagai bangunan tertinggi di dunia.