Touhou


Touhou Project (東方Project, Tōhō Purojekuto), juga dikenali sebagai Toho Project atau Project Shrine Maiden, ialah siri permainan penembak menegak yang menumpukan neraka peluru. Ia dibangunkan oleh seorang pencipta tunggal, dikenali hanya sebagai ZUN, yang mencipta hampir semua grafik, muzik, dan pengaturcaraannya.[1]Touhou Project diperkenalkan pada tahun 1996 dengan penerbitan Highly Responsive to Prayers, permainannya yang pertama yang dibangunkan oleh kumpulan Amusement Makers untuk siri komputer NEC PC-9801 di Jepun. Keempat-empat susulan permainan Touhou yang diterbitkan antara Ogos 1997 dan Disember 1998 juga diterbitkan untuk NEC PC-9801. Touhou Project kemudian tidak aktif selama tiga tahun setengah apabila permainan Touhou Microsoft Windows, The Embodiment of Scarlet Devil, diterbitkan pada Ogos 2002. Permainan untuk pelantar Microsoft itu diterbitkan satu-satunya oleh ZUN selepas beliau keluar dari Amusement Makers lalu mengasaskan Team Shanghai Alice. Touhou Project kemudian menjadi sebuah francais media yang membekalkan sebilangan permainan rasmi yang semakin meningkat jumlahnya, selain daripada buku peminat komersil, novel ringan, dan manga.