Ringkasan Tour_de_France

Perlumbaan ini biasanya diadakan terutamanya pada bulan Julai. Laluan yang diaturkan dalam setiap perlumbaan berubah-ubah setiap tahun namun format perlumbaan tetap sama dengan adanya percubaan masa, laluan yang merentasi pergunungan Pyrene dan Alp, serta tempat penamat perlumbaan di Champs-Élysées, Paris.[8][9] Perlumbaan-perlumbaan terkini Tour de France merangkumi segmen (peringkat) 21 hari lamanya dalam tempoh 23 hari dan meliputi sepanjang 3500 km (2200 batu).[10] Perlumbaan ini bersilih berganti antara litar-litar arah jam dan arah lawan jam di Perancis.[11]

Bilangan pasukan yang terlibat berbeza-beza antara 20 dan 22 pasukan, setiap pasukan terdiri daripada sembilan penunggang. Setiap peringkat ditetapkan masa penghabisannya dengan masa yang dikumpul setiap penunggang akan dikirakan dengan masa peringkat masing-masing. Penunggang yang mengumpul masa penamat yang paling sedikit adalah pemenang yang dipakaikan jersi kuning (bahasa Perancis: maillot jaune).[12] Meskipun pengelasan utama merupakan perlumbaan yang paling diminati orang ramai, ada juga pengelasan-pengelasan lain yang dipertandingkan di dalam "Jelajah" ini: pengelasan mata untuk pemecut, pengelasan gunung untuk pendaki, pengelasan penunggang muda untuk peserta di bawah umur 26 serta pengelasan pasukan untuk pasukan yang tercepat. Memenangi satu peringkat juga menaikkan prestij sesebuah pasukan melalui pakar pemecut pasukan.

Rujukan

WikiPedia: Tour_de_France http://www.uci.ch/Modules/BUILTIN/getObject.asp?Me... http://www.uci.ch/templates/UCI/UCI2/layout.asp?Me... http://gofrance.about.com/od/tourdefrance/ss/06tou... http://www.bicycling.com/news/2010-tour-de-france/... http://www.bikeraceinfo.com/tdf/tdf1903.html#story http://autobus.cyclingnews.com/news.php?id=feature... http://www.cyclingrevealed.com/timeline/Race%20Sni... http://www.podiumcafe.com/book-corner/2015/6/1/869... http://www.thejc.com/news/world-news/69862/tour-de... http://uk.eurosport.yahoo.com/cycling/tour-de-fran...