Tour_de_Langkawi_2008

Tour de Langkawi 2008 merupakan acara Tour de Langkawi edisi ke-13. Perlumbaan basikal bertaraf antarabangsa dan terbesar di Asia ini bermula pada 9 Februari, 2008 di Alor Star, Kedah dan tamat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2008. Perlumbaan ini tidak lagi bermula di pulau Langkawi Geopark.Perlumbaan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia (MNCF), Union Cycliste Internationale (UCI) dan Pertubuhan Lumba Basikal Asia (ACC).[1]Kali ini tidak ada perlumbaan mendaki ke puncak Genting kerana ia sangat mencabar kepada pelumba tempatan. Sebaliknya tumpuan kepada laluan rata dan landai serta lurus.