Model pengeluaran Toyota_C-HR

Jepun

Di Jepun, C-HR dijual di semua saluran pengedar Toyota (Kedai Toyota, Kedai Toyopet, Kedai Toyota Corolla dan Kedai Netz). CH-R pasaran jepun mempunyai pilihan enjin petrol turbo 1.2 liter, atau enjin hibrid 1.8 liter. Model pacuan roda depan (FWD) boleh didapati dengan kedua-dua enjin. Model pacuan semua roda (AWD) hanya mempunyai enjin turbo 1.2 liter. Trim yang ditawarkan ialah S, S-LED, G, ST dan GT. Model S, S-LED, G mempunyai enjin turbo 1.2 liter, manakala model lain mempunyai enjin hibrid 1.8 liter. Pakej LED adalah eksklusif untuk pakej G dan S-LED.[10]

Asia

Malaysia

Model C-HR telah diperkenalkan di Malaysia oleh UMW Toyota Motor pada Mei 2017.[11] Tempahan telah dibuka bermula 11 Januari 2018.[12] C-HR di Malaysia merupakan sebuah model Complete Built-Up (CBU) dari Thailand.[13] Sebuah majilis penyerahan kunci kepada 50 pembeli pertama teah diadakan pada 22 Mac 2018.[14] Hanya model enjin 1.8L 2ZR-FE yang dijual dan harga bermula RM 145,500.

Harga C-HR yang mahal telah memnyebabkan julan yang tidak begitu memberangsangkan. Pada akhir tahun 2020, jualan C-HR di Malaysia dihentikan. Ia telah digantikan dengan Corolla Cross, yang dilancarkan pada penghujung Mac 2021.[15]

Thailand

C-HR binaan Siam mempunyai enjin 2ZR-FBE atau 2ZR-FE 1.8 liter dan dijual di beberapa negara Asia termasuk Thailand, Indonesia, Malaysia dan Brunei. Sebuah versi pasaran ASEAN telah diumumkan di Thailand pada 30 November 2017, di Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand ke-34.

Indonesia

Bagi pasaran Indonesia, C-HR telah dilancarkan pada 10 April 2018, pada mulanya dengan enjin petrol 2ZR-FE 1.8 liter. Varian hibrid diikuti kemudian pada 22 April 2019.[16] Pada Mac 2022, jualan varian petrol telah diberhentikan. Varian hibrid tunggal menerima sistem Toyota Safety Sense tanggal 27 Mei 2022.

Brunei

Di Brunei, C-HR ditawarkan dalam model gred pertengahan, tinggi dan hibrid .[17]

Singapura

Toyota CH-R telah diperkenalkan di Singapore Auto Show 2017 dan mula dijual selepas itu.[18] C-HR di Singapura dijual oleh Borneo Motors dengan varian enjin turbo 1.2 8NR-FTS sahaja yang dijual. Trim yang ditawarkan ialah Active dan Luxury.[19] Trim 1.8 liter dijual oleh pengimpot pihak ketiga.

China

Bagi pasaran China, C-HR dijual oleh GAC Toyota, manakala model kembarnya yang dijual oleh FAW Toyota dipanggil IZOA. IZOA menampilkan gril bampar hadapan dengan garisan mendatar dan bukannya jaringan seperti gril bampar pada C-HR. Kedua-dua C-HR dan IZOA telah diperkenalan di Auto Guangzhou pada November 2017 dan mula dijual pada April 2018. Varian kenderaan elektrik (EV) bagi kedua-dua C-HR dan IZOA telah diperkenalkan di Auto Shanghai ke-18 pada 16 April 2019, sebagai kenderaan bateri elektrik pertama dalam barisan Toyota yang akan datang.[20]

C-HR EV mula dijual di China pada April 2020. Motor elektriknya menghasilkan kuasa sebanyak 150 kW (201 hp; 204 PS) dan 300 N·m (220 lb·ft) tork. Pek bateri litium-ion 54.3 kWh didakwa mempunyai jarak perjalanan sehingga 400 km (250 batu) mengikut NEDC.[21]

Eropah

C-HR pasaran Eropah boleh dibeli dengan enjin petrol turbo 1.2 liter, enjin hibrid 1.8 liter atau enjin hibrid 2.0 liter; sama seperti pasaran Jepun.

Transmisi manual 6-kelajuan hanya terdapat pada varian turbo 1.2 liter AWD; transmisi tunggal bagi turbo 1.2 liter AWD dan hibrid ialah CVT.

Nama bagi trim berbeza-beza di negara lain. Di UK, terdapat trim Icon, Design, Excel dan Dynamic. Bagi pasaran Perancis, terdapat lebih banyak variasi nama pemasaran seperti Active, Dynamic, Edition, Graphic, Distinctive dan Collection. Di Romania pula terdapat C-enter, C-ult Style dan C-lassy.

Australia

Bagi pasaran Australia, C-HR hanya ditawarkan dengan enjin turbo 1.2 liter 8NR-FTS. Model standard hanya tersedia dalam transmisi manual dan pacuan roda hadapan (FWD) sahaja, model transmisi automatik terdapat pilihan FWD atau pacuan semua roda (AWD). Model Koba boleh didapati dalam kedua-dua varian FWD dan AWD. Kotak gear untuk model asas adalah pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau CVT dengan gear simulasi 7-kelajuan. Koba disertakan dengan CVT sahaja, dan dilengkapi dengan lampu depan LED, tempat duduk kulit, tempat duduk bersama heater, dan sistem kemasukan dan permulaan enjin pintar.[22]

Amerika Utara

C-HR pasaran Amerika Utara mempunyai enjin petrol 2.0 liter 3ZR-FAE tanpa turbo yang lebih besar yang dan dipadankan dengan kotak gear CVT. Pada asalnya, ia dirancang untuk dijual di bawah nama Scion sebelum marque itu dihentikan.[23][24]

Model tahun 2018 hanya tersedia dalam trim XLE atau XLE Premium[25] Bagi model tahun 2019, C-HR tersedia dalam model LE, XLE, XLE Premium atau Limited.[26]

Rujukan

WikiPedia: Toyota_C-HR http://europe.autonews.com/article/20161109/ANE/16... http://blog.caranddriver.com/scion-c-hr-to-debut-i... http://carsalesbase.com/european-car-sales-data/to... http://carsalesbase.com/us-car-sales-data/toyota/t... http://autonews.gasgoo.com/china_news/70014036.htm... http://www.headlightmag.com/sales-report-subcompac... http://www.headlightmag.com/sales-report-teaser-b-... http://www.motortrend.com/news/report-toyota-c-hr-... http://newsroom.toyota.co.jp/en/detail/14483905/ https://www.motoring.com.au/toyota-ch-r-priced-fro...