Trakea invertebrat merupakan
sistem pernafasan terbuka yang terdiri daripada
spirakel, trakea, dan
trakeol yang mana
artropod daratan mengangkut
gas metabolik di antara tisu.Pengagihan spirakel amat berbeza-beza antara kebanyakan
order serangga, tetapi pada amnya setiap segmen tubuh mestilah tidak mempunyai lebih daripada sepasang spirakel, setiap satunya bercantum dengan atrium dan mempunyai tiub trakea yang agak besar di belakangnya. Trakea-trakea ini merupakan invaginasi
rangka luar kulit ari yang bercabang (
anastomosa) ke merata tubuh dengan ukuran diameter dari beberapa mikrometer hingga 0.8 mm. Tiub yang terkecil, iaitu trakeol, menembusi sel dan bertindak sebagai tempat
peresapan air,
oksigen, dan
karbon dioksida. Gas boleh dialirkan melalui sistem pernafasan secara
pengudaraan aktif atau
peresapan pasif. Berbeza dengan
vertebrata, serangga pada amnya tidak membawa
oksigen di dalam
hemolimfanya. Ini merupakan salah satu faktor yang membataskan saiznya.Tiub trakea mungkin mengandungi gelang lilitan
taenidia seakan rabung dalam pelbagai bentuk
geometri seperti gelung atau
heliks. Dalam
kepala,
toraks, atau
abdomen, trakea juga boleh bercantum dengan pundi udara. Kebanyakan serangga, contohnya
belalang dan
lebah yang giat mengepam pundi udara dalam abdomennya, mampu mengawal aliran udara melalui badannya. Bagi sesetengah serangga air, trakea mengukar gas melalui kulit tubuh secara terus, dalam bentuk
insang. Walaupun terletak di dalam, namun trakea artropod tetap digugurkan ketika bersalin (
ekdisis).