Transit_aliran_ringan

Transit aliran ringan (LRT, Light Rapid Transit) merupakan sistem pengangkutan awam khusus kepada tren dalam bandar yang lazimnya menggunakan kelengkapan dan prasarana yang tidak melebihi tahap yang digunapakai oleh sistem transit aliran deras (MRT, Mass Rapid Transit) menggunakan kenderaan gerabak ringan untuk berkhidmat dalam sistem ini.Di Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang, Malaysia, terdapat tiga laluan LRT iaitu Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya yang dikendalikan oleh Rapid Rail. Laluan Kelana Jaya mempunyai 33 perhentian bermula dari Gombak ke Putra Heights. Laluan Seri Petaling mempunyai 31 perhentian bermula dari Sentul Timur ke Putra Heights. Laluan Ampang mempunyai 18 perhentian dari Sentul Timur ke Ampang.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.