Permainan Travian

Setiap pemain perlu memulakan permainan sebagai ketua sebuah kampung kecil sama ada puak Rom, Teuton atau Gaul. Setiap kampung hanya mempunyai dua penduduk. Kampung tersebut pada awalnya mempunyai satu bangunan utama, dikelilingi oleh ruangan pembinaan bangunan dan mempunyai 18 tapak sumber iaitu sumber: kayu, tanah liat, besi dan tanaman yang dapat dinaiktaraf sehingga tahap tertentu (bergantung versi pelayan).

Tentera dapat ditubuhkan jika telah mempunyai berek dan titik perhimpunan. Dan juga anda dapat melatih pasukan berkuda(kalvari) apabila anda telah memiliki kandang kuda dan telah meyelidiki pasukan tersebut. Tentera lain juga akan tersedia jika anda sudah meyelidikinya terlebih dahulu di dalam akademi.