Trek berantai, roda berantai atau roda berunut ialah satu sistem
pendorong kenderaan yang digunakan pada
kenderaan berlandasan, bergerak atas tapak gegelang bersambung atau plat runut yang dipacu oleh dua roda atau lebih. Luas permukaan trek yang besar menggerakkan berat kenderaan itu dengan lebih baik daripada tayar besi atau tayar getah pada kenderaan yang setara, membolehkan kenderaan roda berantai melintasi tanah lembut dengan sedikit keberangkalian tersangkut akibat terjerlus.Roda berantai moden boleh dibuat dengan
tali sawat getah sintetik lembut, diperkukuh dengan wayar keluli, dalam kes
jentera pertanian yang lebih ringan. Jenis klasik yang biasa ialah
runut berantai keras yang diperbuat dari plat keluli (dengan atau tanpa pad getah), juga dipanggil
jejak caterpillar atau
jejak kereta kebal,
[1] yang diutamakan untuk
jentera pembinaan dan
kenderaan tentera yang tahan lasak dan berat.Tapak plat logam yang utama adalah tahan haus dan tahan kerosakan, berbanding dengan tayar getah. Tapak runut yang agresif memberikan cengkaman yang baik pada permukaan lembut tetapi boleh merosakkan permukaan berturap, maka sesetengah trek logam boleh dipasang pad getah untuk digunakan pada permukaan berturap. Selain dari tali getah lembut, kebanyakan runut berantai menggunakan mekanisma keras untuk menggerakkan beban secara sama rata keseluruh ruang antara
roda bagi perubahan yang minimum, supaya kenderaan yang paling beratpun boleh bergerak dengan mudah, seperti sebuah kereta api atas landasannya yang lurus.Mekanisma keras pertama kali diberikan bentuk fizikal oleh
Hornsby & Sons pada tahun 1904 dan kemudian dipopularkan oleh
Syarikat Traktor Caterpillar, dengan
kereta kebal muncul semasa
Perang Dunia I. Hari ini, ia biasanya digunakan pada pelbagai kenderaan, termasuk
kereta salji,
traktor,
jentolak,
jengkaut dan
kereta kebal. Walaubagaimanapun, idea trek berantai boleh dikesan semula sehingga tahun 1830an.