Fungsi Triad_(muzik)

Triad utama dalam Cplay (bantuan·maklumat)</img>play (bantuan·maklumat)

Setiap triad yang terdapat dalam kunci diatonik (berasaskan skala tunggal) bersepadan dengan fungsi diatonik tertentu. Keharmonian fungsian cenderung banyak bergantung pada triad utama: triad yang dibina berdasarkan darjah tonik, subdominan dan dominan.[2] Akar bagi triad ini ialah darjah pertama, keempat dan kelima (masing-masing) bagi skala diatonik, dan triad tersebut dilambangkan dengan I, IV dan V. Triad utama "menyatakan fungsi dengan jelas tanpa kekaburan."[2] Triad lain dalam kekunci diatonik termasuk supertonik, median, submedian dan subtonik, dengan akarnya ialah darjah kedua, ketiga, keenam dan ketujuh (masing-masing) daripada skala diatonik, dilambangkan ii, iii, vi dan viio. Ia berfungsi sebagai triad sampingan atau sokongan kepada triad utama.