Sejarah Trident_Microsystems

Syarikat Trident Microsystems ditubuhkan pada tahun 1987 di Jalan Yangguang, Neihu Chiu, Taipei, Taiwan. Trident, bersama dengan Oak Technologies, meningkatkan satu reputasi untuk menjual (pada masa itu) set cip SVGA yang murah tetapi memproses dengan perlahan. Kebanyakan pengeluar perkakasan komputer menggunakan set cip Trident VGA yang dibina diatas barangan mereka. Apabila pasaran grafik perkakasan komputer beralih daripada paparan 'Single Framebuffer', iaitu paparan warna VGA terus ke monitor yang biasa, kepada pemacu dalaman yang lebih berkuasa, iaitu saiz paparan atau resolusi yang pelbagai dengan warna SVGA (tidak mempunyai pemacu dalaman 3D), Trident meneruskan percaturan untuk menjual set chip yang berkuasa dengan harga yang rendah. Pada pertengahan 1990-an, syarikat ini menerima saingan yang utama: TGUI-9680 keluaran Trident Microsystems yang didakwa berkuasa dapat dibandingkan dengan Trio64V+ keluaran syarikat S3 Graphics yang juga berpusat di Taiwan, walaupun keluaran Trio64V+ tidak mempunyai mod warna sebenar atau "true-color" yang ada pada TGUI-9680.

Pengenalan set paparan pemacu dalaman grafik 3D yang begitu pesat seperti syarikat ATI Technologies, S3 Graphics dan Silicon Integrated System (SiS), membuatkan kebanyakan pengeluar kad paparan grafik, termasuk Trident, jauh ketinggalan. Pada masa kegawatan Trident, syarikat tersebut berusaha untuk mengeluarkan satu kad grafik berupaya memacu grafik 3D, dalam masa yang sama, berharga ekonomi, seperti mengeluarkan kad grafik Trident 3DImage 9750 yang masih belum mampu bersaing. Bagaimanapun, pada penghujung 1990-an, Trident akhirnya berjaya mengeluarkan set cip yang mendapat tempat dipasaran pembekal iaitu Trident Blade3D atau TGUI-9880.

Selain itu, dipasaran komputer riba, Trident adalah pelopor Ingatan Capaian Rawak Berdinamik atau EDRAM terbina didalam yang terawal, iaitu satu teknik binaan semikonduktor yang bergabung diantara pengawal grafik dengan 'framebuffer-RAM' dalam satu cip. Teknik ini boleh mengurangkan ruangan papan yang berharga dengan menghapuskan beberapa cip Ingatan Capaian Rawak yang biasanya digunakan untuk menyimpan ingatan framebuffer

Apabila Trident sedang meraih beberapa kejayaan dengan produk 3DImage dan Blade3D mereka, kemasukan set cip kad grafik Intel Express i750 keluaran Intel yang amat berkuasa pada harga yang amat kompetitif ke pasaran menandakan pasaran untuk kad grafik terendah akan berakhir. Pada masa yang terdesak, Trident menjadi salah satu syarikat kongsi dengan syarikat pengeluar set cip papan induk beberapa kali untuk mengabungkan teknologi grafik mereka menerusi satu set cip papan induk seperti ALi CyberALADDiN dengan CyberBlade, dan VIA Apollo MVP4 VT8351 dengan ProMedia VT8601, tetapi hanya mendapat sambutan yang sedikit. Berdepan pula dengan tawaran pasaran yang sedikit dan juga peningkatan kos penyelidikan dan pembangunan (akibat daripada peningkatan proses grafik 3D yang begitu maju), Trident Microsystems akhirnya mengumumkan penstrukturan semula syarikat yang menyeluruh pada Jun 2003.

Pada akhir tahun 2003, syarikat XGI telah berjaya mendapat bahagian grafik (seperti teknologi, pembangunan, dan sebagainya) yang dimiliki oleh Trident.