Tritunggal
Tritunggal

Tritunggal

Doktrin Kristian tentang tritunggal [tri-tung-gal] atau trinitas [tri-ni-tas] (dari bahasa Latin trinitas "tiga serangkai", dari trinus "tiga kali ganda")[1] mentakrifkan Tuhan sebagai tiga peribadi[2], ungkapan atau hipotasis:[3] Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus), dan Roh Kudus; "satu Tuhan di dalam tiga orang". Ketiga-tiga orang itu berbeza, namundilihat lebih kepada satu "bahan, intipati atau kesemulajadian".[4] Dalam konteks ini, "kesemulajadian" ialah "apa" sesuatu itu, manakala "orang" ialah "siapa" sesuatu itu.[5][6][7]Seperti sifat Tuhan itu sendiri yang tidak mungkin dapat digambarkan, begitu juga kesatuan ini yang amat sulit difahami kerana ia sendiri adalah rahsia Tuhan. Kesimpulannya doktrin ini menyatakan bahawa Tuhan itu berupa tiga peribadi iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan seterusnya Tuhan Roh Kudus. Ketiga-tiga peribadi ini membentuk satu Tuhan yang Esa menurut ajaran ini.