Trivela
Trivela

Trivela

Trivela[1][2] atau maledetta[3] dalam istilah bola sepak ialah gerakan menyepak bola yang membuat bola yang disepak berpusing horizontal dengan gerakan melengkung. Gerakan ini dilakukan untuk menjaringkan gol ke gawang penentang ataupun melakukan pas ke rakan. Lazimnya apabila seorang pemain menendang bola dengan teknik trivela, bahagian ujung daripada kaki ialah yang paling sering digunakan tetapi teknik sepakan ini dapat dilakukan dengan bahagian dalam kaki.[4][5][6] Teknik ini sedikit berbeza dari bola knuckle, meski kedua sepakan menghasilkan bola dengan bidikan yang melencong, tetapi bola knuckle tidak berpusing atau hanya sedikit berpusing. Sepakan trivela yang melencong liar seiras berpusingnya bola dengan cepat membuat kesulitan bagi penjaga gol menebak ke arah mana tembakan bola penentang menyentuh rumput padang, pemain pertahanan untuk merebutnya atau menyokong permainan daripada penjaga gol ataupun rakan saat menerima arus pas bola dari sepakan jenis ini.[7]Pemain-pemain seperti: Ricardo Quaresma, Luka Modrić, Djibril Cissé, Papiss Cissé, Michael Essien, Oscar dos Santos, Giuseppe Meazza, Trevor Sinclair dan Nolberto Solano terkenal kerana menjaringkan gol atau mempas ke rakan mengguna teknik sepakan ini.