Trogonoptera_brookiana
Trogonoptera_brookiana

Trogonoptera_brookiana

Kupu-kupu Rajah Brooke (Trogonoptera brookiana) ialah sejenis kupu-kupu hitam hijau yang berasal dari hutan hujan di Semenanjung Melayu, Borneo, Natuna,Sumatera, dan kebanyakan pulau kecil yang terletak di barat Sumatera (Banyak,Simeulue, Batu dan Mentawai).[1][2] Kupu-kupu ini dinamai oleh ahli alamiah, Alfred R. Wallace pada tahun 1855, sempena James Brooke, Rajah Sarawak.[2] Lebar kepaknya ialah 15–17 cm (5.9–6.7 in).[3]Kepak kupu-kupu jantan banyak berwarna hitam. Setiap kepak depan ada tujuh tompok hijau elektrik yang berbentuk gigi, manakala pada kepak belakang ada tompok hijau yang besar. Kepalanya merah menyilau dan tubuhnya hitam dengan tompok merah. Kepak kupu-kupu betina pula lebih keperangan dengan tanda putih yang menonjol di hujung kepak depan serta tapak kepak belakang.[3] Kedua-dua jantina menyerupai saudaranya yang lebih terhad taburannya, iaitu Trogonoptera trojana, tetapi kupu-kupu Rajah Brooke yang jantan lebih hijau kepak belakangnya. Beluncasnya makan daun-daun Aristolochia acuminata and A. foveolata.[3] Yang dewasa pula menghidup nektar dari bunga-bunga seperti Bauhinia.[2]Kupu-kupu Rajah Brooke merupakan spesies yang terlindung dan tersenarai dalam Apendiks II CITES,[3][4] iaitu pemerdagangan antarabangsanya adalah tersekat.Kupu-kupu Rajah Brooke merupakan kupu-kupu kebangsaan Malaysia.[5]