Ringkasan Tsu_Feh_Sofiah

  • Tsu Feh seorang doktor perempuan Cina, telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sofiah.Selepas membuka klinik, dia bercuti ke sebuah pulau, jauh dari keriuhan. Namun dia kecewa sangat kerana pulau yang disangka aman damai itu sebenarnya tidak wujud apabila penduduknya sering bertelagah sesama sendiri

lebih malang lagi bertelagah dan bergaduh sehingga berparang-parang. Itu adalah antara orang Islam dengan orang Islam di dalam pulau itu

Bayangkan, setelah dia mendapat hidayah dan melalui proses yang cukup sukar sebelum memeluk agama yang cukup indah ini, dia terpaksa berhadapan dengan keadaan di mana umat Islam sendiri gagal menghayati suruhan agama itu di depan matanya sendiri.