Tsunami_Samoa_2009
Tsunami_Samoa_2009

Tsunami_Samoa_2009

Gempa bumi Samoa 2009 pada skala 8.0 Mw, berlaku di kawasan Kepulauan Samoa pada 29 September 2009 jam 06:48:11 waktu tempatan (29 September 17:48:11 UTC).[3] Ia merupakan gempa bumi terbesar setakat ini pada 2009. Gempa bumi itu menghasilkan tiga gelombang tsunami berasingan. Akibatnya menghasilkan ombak tsunami setinggi 4.1 meter Daripada aras laut. Pusat amaran tsunami Pasifik di Pantai Ewa, Hawai menyatakan pusat gempa bumi itu berlaku di lapisan kerak bumi Kermadec-Tonga di Plat Pasifik dengan Plat Australia. Semua ini dalam Lingkaran Api Pasifik yang banyak menghasilkan gempa bumi dan gunung berapi.Antara negara yang menerima kesan tsunami ini ialah Samoa Amerika, Samoa dan Tonga. Setakat ini 189 maut akibat tsunami ini, lebih rendah berbanding tsunami Acheh pada 26 Disember 2004. Gelombang besar turut berlaku di Fiji, Rarotonga di Kepulauan Cook, Tokelau dan Niue. Tiada amaran dilaporkan di Vanuatu, Kiribati, New Caledonia dan Kepulauan Solomon.Gempa bumi ini berlaku pada hari yang sama dengan gempa bumi Padang 2009, satu gempa bumi bermagnitud 7.9 yang mengorbankan lebih 1,000 orang.