Tuanku_Nur_Zahirah

KDYMM Sultan dan
Yang Di-Pertuan

KDYMM SultanahYTM Tengku Sri Bendahara Raja
YBhg Datin Jasmine binti AbdullahYAM Tengku Sri Panglima Raja
YBhg To' Puan Sri Wan Hibatul Hidayah binti Wan IsmailYAM Tengku Sri Temenggong Raja
YBhg To' Puan Sri Nabilah Khan binti Mahmud KhanYAM Tengku Dato' Rahimah Putri
Dato' Abdul AzizYAM Tengku Seri Paduka Raja
YBhg Cik Puan Sri Paduka RajaSultanah Nur Zahirah (dilahirkan pada 7 Disember 1973 bersamaan 12 Zulkaedah 1393 Hijrah). Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Nicholas Convent, Alor Setar dan Sekolah Menengah St. Nichols Convent, Alor Setar. Baginda pernah mengikuti kursus dalam bidang sumber manusia. Baginda Permaisuri Nur Zahirah telah melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 28 Mac 1996. Pasangan diraja ini menerima dua orang putera dan dua orang puteri. Yang Teramat Mulia Tengku Nadhirah Zaharah telah diputerikan 18 Disember 1996 dan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail (Yang di-Pertuan Muda Terengganu) telah diputerakan pada 1 Mac 1998. Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Muaz telah diputerakan pada 22 Disember 2000 manakala Yang Teramat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra telah diputerikan pada 19 April 2002.Baginda telah dilantik sebagai Permaisuri pada 12 Julai 1998 dan dikurniakan Darjah Kerabat Terengganu Yang Maha Mulia Darjah Yang Pertama (D.K.) pada 16 Januari 1999. Baginda turut dikurniakan Bintang Kebesaran Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T.) pada 9 Julai 1998. Baginda telah dimasyhurkan dengan kurniaan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Nur Zahirah pada 5 Jun 2005.Seri Paduka Baginda Permaisuri Nur Zahirah telah dilantik menjadi Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2006 berikutan perlantikan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Baginda merupakan penaung bagi Yayasan Tuanku Nur Zahirah ,Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu serta Persatuan Hospis Terengganu. Baginda juga menaungi Persatuan Pandu Puteri Terengganu, Tadika An Nur dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu.Tuanku Nur Zahirah menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan daripada Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 4 Disember 2005 yang disampaikan oleh Canselor Kustem, Sultan Mizan pada Majlis Konvokesyen Khas di Dewan Sultan Mizan, Kustem, Kuala Terengganu. Baginda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang hiasan dalaman dan mementingkan ruang kemas dengan persekitaran teratur, sempurna dan bersih. Disamping itu, baginda gemar memasak terutama hidangan istimewa untuk santapan baginda sekeluarga. Antara hobi baginda yang lain adalah membaca, bermain bola jaring serta pembersihan tempat / mengemas .