Anugerah Tuanku_Nur_Zahirah

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dianugerahi Anugerah BrandLaureate Royal Quintessential oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF) pada satu majlis di Istana Terengganu pada 15 Julai 2011.[1][2]

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden The BrandLaureate Dr KK Johan. Turut hadir ialah CEO The BrandLaureate Chew Bee Peng dan anggota lembaga APBF.

Dalam membaca ucapan menjunjung kasih dan tahniah kepada Tuanku Permaisuri, Chew Bee Peng menyifatkan:“Keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat Malaysia diiktiraf banyak pihak dan amat dihargai dan Tuanku sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik. “Menerusi pelbagai inisiatif kebajikan yang diusahakan Tuanku seperti Yayasan Tuanku Nur Zahirah, membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pengukir tempatan di Terengganu dan pada masa yang sama membantu memperomosikan dan memulihara kraf dan warisan asli,”.