Pendidikan Tuanku_Zara_Salim

Sebelum ini Tuanku Zara kurang dikenali tetapi merupakan pelajar cemerlang di Universiti Nottingham dan memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Kimia pada Julai 1995.

Secara kebetulan, ayahanda mentuanya, Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, juga adalah penuntut undang-undang di universiti yang sama serta mendapat Ijazah Pertama Undang-Undang pada 1953 sebelum dilantik sebagai peguam di England pada 1954.

Kecemerlangan dan ciri kepemimpinan Tuanku Zara sudah terserlah pada peringkat sekolah lagi kerana beliau pernah dilantik sebagai pengawas ketika di Tingkatan Empat dan Lima pada 1989 dan 1990 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh dan turut aktif dalam sukan seperti Tenis, Skuasy dan Taekwando.

Beliau mempunyai minat mendalam dalam bahasa asing, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh dan mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis dari 1988 hingga 1990 serta mewakili Perak dalam renang antara 1981 hingga 1987. Zara Salim Davidson merupakan bekas perenang Perak. Zara juga mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah dan peminat sukan lasak.

Selepas menamatkan A-Level di Prime College di Ipoh pada 1992, Tuanku Zara Salim Davidson ke Britain melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham dan lulus dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995.

Rujukan

WikiPedia: Tuanku_Zara_Salim http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://findarticles.com/p/news-articles/new-strait... http://www.bharian.com.my http://www.nst.com.my/top-news/young-prince-makes-... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/5/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/5/... http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/200... http://www.utusan.com.my