Kerjaya Tuju_K-Clique

K-Clique

Rencana utama: K-Clique

Tuju merupakan salah seorang ahli pengasas kumpulan rap, K-Clique sewaktu ditubuhkan pada 2014. Kumpulan ini antara lain disertai tujuh lagi ahli iaitu MK, Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Mereka meraih kejayaan komersial menerusi lagu "Mimpi" menampilkan duet bersama Alif Abdullah.[5][6]

TujuLoca

Tuju bersama isterinya yang juga penyanyi, Loca B membentuk sebuah duo muzik yang mengambil nama pentas masing-masing sebagai nama kumpulan, iaitu TujuLoca. Sehingga kini, duo ini telah menghasilkan 3 single, iaitu "Naluri", "Empati" dan "Bintang".[7][1]

Kerjaya solo

Di luar K-Clique, Tuju telah tampil sebagai artis undangan untuk ramai penyanyi seangkatannya, termasuk Naim Daniel yang mana beliau tampil dalam lagu "Adakah Engkau Menungguku". Beliau juga pernah terbabit dengan beberapa projek yang menggunakan khidmatnya sebagai penyanyi solo antaranya ialah lagu "X Missing U", duet bersama Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Yonnyboii yang berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 35.[1]

Pada 19 Februari 2021, beliau melancarkan single solo pertamanya, "Jiwa Pusing" hasil ciptaan beliau bersama penerbit muzik dan pencipta lagu, Mingaling dari kumpulan Hip Hop MassMusic. Liriknya pula ditulis sendiri oleh Tuju dan berkisarkan mengenai luahan hati diri sendiri mengenai kehidupan.[1][8]

Tuju turut menyumbangkan runut bunyi filem aksi 2021, J2: J Retribusi yang bertajuk "Ralit" menampilkan duet bersama Malik Abdullah.[9][10] Album solo pertamanya, Tuju Untuk Kamu 18/19 dikeluarkan pada 31 Disember 2021, memuatkan sebanyak 7 lagu.[11][12]

Penampilan lain

Tuju merupakan salah seorang daripada 50 juri All Together Now Malaysia yang disiarkan di Astro Ria. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam rancangan realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama.[1]

Rujukan

WikiPedia: Tuju_K-Clique https://www.budiey.com/kami-kahwin-secara-sah-loca... https://www.instagram.com/@azreewhuut/ https://www.nme.com/en_asia/news/music/k-cliques-t... https://www.youtube.com/watch?v=ujXwJkC65Xo https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://api.hmetro.com.my/rap/2021/05/707124/ralit... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/07/474561/perku... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/09/617277/tujul... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/02/677223/tuju-... https://www.hmetro.com.my/rap/2022/01/799603/tuju-...