Menu
Tulisan_Lontara HurufDalam aksara Lontara, setiap konsonan mempunyai bunyi vokal /a/. Penyatuan antara konsonan bagi aksara ini adalah tidak wujud.Sebagai contoh, gabungan ᨉ (da), ᨕ (a) dan ᨊ (na) tidak akan menghasilkan 'dan' sebaliknya akan menghasilkan 'da-a-na'. Setiap konsonan diubah bunyinya dengan penggunaan tanda vokal.
Konsonan LontaraSecara asasnya, penamaan konsonan-konsonan Lontara adalah berdasarkan sebutannya. Bagi tanda vokal pula, mereka dipanggil ana sure' (IPA:ʔanaˡsurəʔ) dan setiap satunya dipanggil dengan bunyinya. Berikut adalah jadual bagi aksara Lontara:
Konsonan lontara | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
ᨀ Ka | ᨁ Ga | ᨂ Nga | ᨃ Ngka | ᨄ Pa | ᨅ Ba | ᨆ Ma | ᨇ Mpa | ᨈ Ta | ᨉ Da | ᨊ Na | ᨋ Nra | ᨌ Ca | ᨎ Nya | ᨍ Ja | ᨏ Nca | ᨐ Ya | ᨑ Ra | ᨒ La | ᨓ Wa | ᨔ Sa | ᨕ A | ᨖ Ha |
Tanda vokal (ana sure') | Tanda baca | |||||||||||||||||||||
◌ᨗ i | ◌ᨘ u | ᨙ◌ e | ◌ᨚ o | ◌ᨛ ə | ᨞ | ᨟ |
Aksara Lontara mempunyai dua tanda baca unik iaitu pallawa lontara, '᨞' serta penutup perenggan, '᨟'. Fungsi pallawa adalah sama seperti tanda noktah serta tanda koma dalam huruf rumi. Penutup perenggan pula berfungsi sebagai noktah di penghujung perenggan atau bahagian.
Pada masa kini, tulisan-tulisan yang menggunakan aksara Lontara turut menggunakan tanda-tanda baca latin seperti tanda koma (,), titik bertindih (:}, tanda soal (?), dan sebagainya.
Menu
Tulisan_Lontara HurufBerkaitan
Tulisan Jawi Tulisan Cina Tulisan Lontara Tulisan Batak Tulisan Dewanagari Tulisan Cina Ringkas Tulisan Jawa Tulisan Khmer Tulisan Tamil Tulisan Cina TradisionalRujukan
WikiPedia: Tulisan_Lontara http://www.depdiknas.go.id/Jurnal/32/dari_huruf_lo... http://groups.google.com/group/aksara-salman http://www.unicode.org/charts/PDF/U1A00.pdf http://www.omniglot.com/writing/lontara.htm http://code.google.com/p/aksara-nusantara/wiki/Lon... http://niariot87.googlepages.com/ https://bennylin.github.io/transliterasi/bugis.htm... http://journals.linguisticsociety.org/proceedings/... https://books.google.co.id/books/about/Malay_Seals... https://blogs.bl.uk/asian-and-african/2015/01/the-...