Abjad Tulisan_Sunda

Tulisan Sunda merupakan sistem tulisan abjad suku kata. Setiap huruf mewakili suku kata yang terdiri daripada dua bunyi, iaitu konsonan dan vokal. Setiap huruf mempunyai bunyi vokal asal /a/, tetapi bunyi vokal tersebut boleh dibatalkan dan digantikan dengan bunyi-bunyi lain dengan menggunakan tanda diakritik.

Huruf asas

Terdapat 25 huruf asas (b. Sunda: aksara ngalagena) dalam abjad Sunda. Huruf-huruf ini disusun mengikut turutan Brahmi.

kaqagangacajazanya
tadanapafavabama
yaralawasaxahakhasya

Huruf vokal

Huruf vokal (b. Sunda: aksara vokal mandiri) digunakan untuk melambangkan suku kata yang bermula dengan bunyi vokal dan tidak mempunyai konsonan. Terdapat tujuh macam huruf vokal:

aiueoéeu

Tanda diakritik

Tanda vokal (b. Sunda: aksara swara) ditambahkan pada huruf asas untuk mengubah bunyi vokalnya.

panghulu - untuk bunyi /i/
panyuku - untuk bunyi /u/
pamepet - untuk bunyi /ǝ/
panolong - untuk bunyi /o/
panéléng - untuk bunyi /e/
paneuleung - untuk bunyi eu

Selain itu, terdapat juga beberapa tanda lain yang membatalkan bunyi vokal /a/ pada huruf asas dan menggantikannya dengan bunyi lain.

pamingkal - untuk bunyi ya
panyakra - untuk bunyi ra
panyiku - untuk bunyi la
pamaeh - untuk tiada bunyi (baris mati)
panyecek - untuk bunyi ng
panglayar - untuk bunyi r
pangwisad - untuk bunyi h

Angka

Angka dalam tulisan Sunda menggunakan sistem nombor perpuluhan.

1234567890

Tanda baca

Tulisan Sunda tidak mempunyai sebarang tanda baca khusus. Kesemua tanda baca dipinjam daripada tulisan Rumi, umpamanya koma, noktah dan tanda soal.