Siasatan Tumpahan_minyak_Teluk_Mexico_2010

Penyalahan

Pada 5 Januari 2011,[16] suruhanjaya tumpahan minyak Rumah Putih mengeluarkan laporan akhir yang memberikan butiran kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat terbabit sehingga tertumpah minyak. Panel ini mendapat bahawa BP, Halliburton, dan Transocean telah cuba bekerja secara lebih murahan, maka inilah yang membantu mencetuskan letupan dan kebocoran yang menyusulinya.[17] Laporan itu menyatakan: "Sama ada sengaja atau tidak, kebanyakan keputusan yang diambil oleh BP, Halliburton, dan Transocean yang meningkatkan risiko letupan Macondo jelas menjimatkan masa (dan wang) yang cukup bagi syarikat-syarikat terbabit."[17][18] BP mengeluarkan kenyataan balas terhadap hal ini dengan berkata, "Sebelum kata putus siasatan suruhanjaya pun, BP melakukan perubahan besar yang direka untuk memperkuatkan pengurusan keselamatan dan risiko."[19] Bagaimanapun, Transocean menyalahkan BP kerana membuat keputusan sebelum berlakunya letupan, dan juga para pegawai kerajaan kerana membenarkan keputusan tersebut.[20] Halliburton berkata pihaknya hanya bertindak atas arahan BP ketika menyisipkan simen ke dalam dinding telaga.[19][21] Halliburton turut menyalahkan pegawai kerajaan dan BP, yanf dikritiknya kerana gagal menjalankan ujian log kerekatan simen.[20]

Di dalam laporan, BP secara khusus dituduh melakukan sembilan kesalahan.[19][21] Antaranya ia tidak menggunakan alat diagnosis untuk mengukur kekuatan simen.[17] Selain itu ia tidak menghiraukan ujian tekanan yang telah gagal.[19] Ia juga tidak menyumbat paip dengan simen.[17] Kajian itu bagaimanapun tidak meletakkan kesalahan pada mana-mana peristiwa ini. Sebaliknya, ia berakhir dengan menyalahkan pengurusan Macondo:[19][21]

Panel juga mencatatkan yang pemantau kerajaan tidak memiliki pengetahuan cukup atau kuasa untuk perasan keputusan pemotongan kos.[18]

Rujukan

WikiPedia: Tumpahan_minyak_Teluk_Mexico_2010 http://www.bp.com/genericarticle.do?categoryId=201... http://bp.concerts.com/gom/sealingcapinstallationa... http://www.edmontonsun.com/news/world/2010/05/01/1... http://news.ca.msn.com/top-stories/cbc-article.asp... http://www.msnbc.msn.com/id/40932419/ns/us_news-en... http://www.nytimes.com/2011/01/06/science/earth/06... http://www.startribune.com/nation/112965894.html http://www.thestar.com/news/world/article/809477--... http://www.thesunnews.com/2010/07/09/1578563/new-c... http://www.upstreamonline.com/live/article215093.e...