Takrifan Tuna_wisma

Pada tahun 2004, Jabatan Ekonomi dan Hal-Ehwal Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu menakrifkan isi rumah yang tuna wisma seperti berikut:

Isi rumah tuna wisma adalah isi rumah tanpa tempat perteduhan yang tergolong dalam skop kawasan kediaman. Mereka membawa harta benda yang serba sedikit sekali, tidur di jalanan, jalan pintu mahupun jeti, ataupun di mana-mana ruang yang lain secara lebih kurang sembarangan.[7]

Pada 2009, Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Sidang Ahli Statistik Eropah (CES) yang diadakan di Geneva, Kumpulan Pakar-Pakar Banci Kependudukan dan Perumahan menakrifkan tuna wisma seperti berikut:[8]

Dalam Syor-Syornya untuk Banci Kependudukan dan Perumah, CES mengecamkan golongan tuna wisma dalam dua kumpulan yang am:
(a) Ketuna wismaan primer (atau ketiadaan bumbung). Kategori ini termasuk mereka yang tinggal di jalanan tanpa tempat untuk berteduh yang tergolong sebagai kawasan kediaman;
(b) Ketuna wismaan sekunder. Kategori ini boleh merangkumi mereka yang ketiadaan tempat kediaman biasa dan kerap berpindah-randah di antara pelbagai jenis penginapan (termasuk kediaman, perteduhan dan institusi untuk tuna wisma atau lain-lain kawasan kediaman). Kategori ini merangkumi mereka yang tinggal di kediaman persendirian tetapi melaporkan ‘tiada alamat tetap’ dalam borang banci mereka.
CES mengakui bahawa pendekatan tersebut tidak menyediakan takrifan yang lengkap bagi ‘tuna wisma’.

Rujukan

WikiPedia: Tuna_wisma http://www.onlineopinion.com.au/view.asp?article=1... http://www.boston.com/bigpicture/2011/12/homelessn... http://psyckelogo.metapress.com/openurl.asp?genre=... http://www.nytimes.com/2009/10/19/business/economy... http://abs.sagepub.com/content/45/1/105.abstract http://www.sodexhousa.com/press-releases/pr122005.... http://socialwelfare.berkeley.edu/Faculty/publicat... http://www.law.cornell.edu/uscode/html/uscode42/us... http://www.bsos.umd.edu/socy/vanneman/socy498/caus... http://oas.samhsa.gov/MentalHealthHP2010/terminolo...