Tungkai
Tungkai

Tungkai

Tungkai atau kaki merupakan anggota galas berat dan gerak alih haiwan yang biasanya berbentuk turus. Ketika bergerak alih, tungkai berfungsi sebagai "topang yang boleh diperpanjang".[1] Kombinasi pergerakan di semua sendi boleh dimodelkan sebagai satu unsur linear tunggal yang mampu mengubah kepanjangan serta berputar di kitar sendi "pinggul" yang pelbagai arah.Dalam bahasa Melayu harian, anggota tungkai (leg dalam bahasa Inggeris) sering dipanggil "kaki". Ini boleh menyebabkan kesukaran untuk membezakannya dengan foot yang juga dipanggil "kaki" terutamanya dalam bidang-bidang yang memerlukan pembezaan ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "tungkai" diserap dari Bahasa Minangkabau untuk memaksudkan "bahagian badan dari pangkal paha hingga tapak kaki".[2] Maka istilah ini boleh dipakai untuk leg dalam pembezaan tersebut.Anggota tungkai haiwan juga dipanggil paha, terutamanya sebagai daging makanan (contohnya paha ayam), kerana kebanyakan haiwan (khususnya vertebrata selain primat) tiada lutut seperti manusia yang membezakan paha dan betis. Tungkai serangga digelar ketis atau ketik.[3]