Tunjuk_perasaan_Mahsa_Amini

Tunjuk perasaan Mahsa Amini ialah siri protes dan pergolakan awam yang berterusan terhadap kerajaan Iran yang bermula di Tehran pada 16 September 2022. Protes bermula sebagai reaksi terhadap insiden kematian Mahsa Amini (Bahasa Parsi: مهسا امینی‎), seorang wanita Iran berusia 22 tahun yang meninggal dunia dalam tahanan polis. Menurut saksi mata, dia dipukul oleh Peronda Bimbingan, pengawal selia akhlak Iran, dan dituduh melanggar undang-undang hijab wajib Iran, dengan hukuman kerana memakai tudung secara "tidak wajar".[1] Polis Iran menafikan bahawa Amini dipukul semasa dia dalam tahanan. [2]Protes berkaitan Mahsa Amini bermula beberapa jam selepas kematiannya di Tehran. Bantahan mula-mula bermula di hospital tempat Amini dirawat, dan kemudian cepat merebak ke bandar lain, pertama di wilayah asal Amini di Kurdistan, termasuk di Saqqez, Sanandaj, Divandarreh, Baneh dan Bijar.[3][4]Sejak dari 23 September 2022[kemas kini], paling kurang 50 penunjuk perasaan terbunuh dalam campur tangan kerajaan, menjadikan protes ini paling berdarah sejak protes 2019–2020 dengan lebih 1,500 nyawa terkorban.[5] Protes ini juga menerbitkan sekatan Internet besar-besaran oleh kerajaan.[6] Tindak balas kerajaan kebanyakannya ditentang secara global, dengan Jabatan Perbendaharaan Amerika bertindak menyekat pihak Peronda dan pegawai-pegawai tinggi Iran.

Rujukan

WikiPedia: Tunjuk_perasaan_Mahsa_Amini http://iranhr.net/fa/articles/5496/ https://www.aljazeera.com/news/2022/9/19/irans-pol... https://apnews.com/5712b917fc4d19eaa01ab8fbf53e2b8... https://www.engadget.com/iran-restricts-internet-a... https://www.euronews.com/2022/09/20/mahsa-amini-eu... https://www.iranintl.com/202209229853 https://www.iranintl.com/en/202209189135 https://iranwire.com/en/provinces/107612-protests-... https://www.radiofarda.com/a/iran-mahsa-kurdistan-... https://www.reuters.com/world/middle-east/iranian-...