Keperibadian Tunku_Intan_Shafinaz

Antara aktiviti kesukaan Tunku Puteri pada waktu lapang ialah bermain paintball, memanjat gunung, kayak, berjet ski dan Tunku Puteri Intan juga menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) yang merupakan salah satu daripada Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia sehingga dilantik sebagai Brigadier Jeneral.[2][3]

Menjadi puteri raja di dalam istana tidaklah memberikan keistimewaan kepada Tunku Puteri untuk berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa. Yang Teramat Mulia Tunku Puteri merupakan salah seorang pencetus penubuhan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dan dilantik sebagai salah seorang pemegang amanah seumur hidup selain memegang jawatan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.

Antara kebanggaan dalam perjalanan hidup Tunku Puteri ialah apabila dilantik menjadi Pro Canselor dua buah Universiti Awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5 Januari 2011 dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 10 Oktober 2010.[4] Perlantikkan itu ialah keyakinan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas kebolehan Tunku Puteri Intan untuk memberi khidmat sumbangan terutamanya dalam bidang pertahanan negara.[5]

Selain itu juga Tunku Puteri Intan Shafinaz dilantik sebagai Felo Diraja Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 2014, beliau juga telah dilantik sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menggantikan Tuanku Sultan Kedah selama baginda bersemayam dan menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di ibu negara.[6]

Beliau juga secara tidak rasmi telah dilantik sebagai canselor hadir sebagai tetamu diraja dan penyampai anugerah hampir di setiap konvokesyen tahunan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah.[7]