Biografi Tunku_Tiara_Yasmin_Sofia

Keluarga

Tiara adalah anak kedua kepada Y.M. Tunku Hassan bin Tunku Muhammad Archibald dan isterinya Zuraida Selamat, seorang wanita berasal dari Batu Pahat Johor. Tiara adalah anak sedara kepada penyanyi Syafinaz Selamat.Tunku tiara juga pernah bersekolah di sekolah rendah kebangsaan Limpoon 2 batu pahat johor.

One in a Million

Sepanjang perjalannya di One in a Million, Tiara menyanyi lagu-lagu berikut:

Tiara disingkirkan pada awal malam persembahan minggu ketiga pada 4 Januari 2008, mengikut format pertandingan terbabit.

Lakonan

Tunku Tiara diperkenalkan ke dalam dunia lakonan oleh Darling Ngasri, seorang penerbit drama TV, melalui siri terbitan Darling yang bertajuk Nur 2, di mana beliau memegang peranan watak jahat. Selepas Nur 2, penulis skrip Jumal Yunus pula menawarkan beliau berlakon dalam drama Raya Sedondon sempena Aidilfitri. Selepas itu, beliau menerima tawaran berlakon dalam musim kedua Kerana Karina di mana beliau memegang watak Zelfa, seorang penyanyi baru yang dicemburui Karina (lakonan Marsha Londoh). “Nampaknya, selepas OIAM, rezeki saya lebih murah dalam bidang lakonan berbanding nyanyian. Saya akur dengan semua itu kerana bidang lakonan juga cabang seni yang saya minat,” katanya.[1] .Kini Tiara akan membintangi drama Gadis Cuci mengantikan Nora Danish.