Pembiakan Tuntung

Anak tuntung berwarna kelabu dan yang dewasa berwarna coklat kekelabuan. Apabila tiba musim mengawan, warna kepalanya menjadi putih dan terdapat jalur merah di bahagian tepi mata, tetapi yang betina tidak berubah.

Spesies tuntung banyak terdapat di Sungai Perak. Tuntung juga boleh dijumpai di Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan. Musim bertelur adalah dari bulan Oktober - Januari. Tuntung betina biasanya akan bertelur 2 kali setahun bergantung kepada kekerapan pengawanan bersama tuntung jantan. Tuntung betina akan mendarat untuk bertelur di pantai-pantai atau muara sungai pada masa air surut di waktu malam. Tuntung betina biasanya akan mengorek lubang penetasan kira-kira pada kedalaman 50-70 cm.

Tuntung betina akan mengorek lubang penetasan dengan menggunakan kedua-dua tangan depannya dan mengambuskan kembali lubang dengan ekor dan kedua-dua kaki belakangnya.

Pantai tempat bertelur kebiasaannya terletak beberapa kilometer dari muara sungai tempat hidupnya. Telurnya berbentuk bujur dan menghasilkan 4 hingga 20 biji telur pada setiap kali bertelur. Telur-telur akan ditinggalkan dan tidak dijaga sama seperti penyu. Telur-telur tersebut akan menetas dalam tempoh lebih kurang 72 hari.

Rujukan

WikiPedia: Tuntung http://www.doa.gov.my/index/resources/perkhidmatan... http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/perkhidmat... http://fossilworks.org/bridge.pl?a=taxonInfo&taxon... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=103... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucnredlist.org https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://speciesplus.net/#/taxon_concepts/10403/leg...