Menu
Tupai_muncung_biasa PeneranganTupai muncung biasa salah satu tupai muncung yang terbesar. Purata panjang badan antara 16 dan 21 cm (6.3 dan 8.3 in) dan purata berat sekitar 190 g, dengan pelbagai warna perang kemerahan, bahagian atas kelabu atau hitam, dan perut putih. Ekor panjang kembangnya perang kelabu dan hampir mencapai kepanjangan badan. Tapak tangannya licin dengan kuku tajam, dan terdapat kulit licin di atas hidungnya. Kedua-dua jantina mempunyai rupa yang sama. Binatang ini mempunyai kepala dan kepanjangan badan 13–21 cm dan kepanjangan ekor 12–20 cm.[4] Tupai muncung biasa selalunya berjalur putih pucat di setiap bahu.
Dua subspesiesnya adalah T. g. longipes dan T. g. salatana, dengan warna T. g. longipes lebih suram berbanding T. g. salatana. Bahagian bawah T. g. longipes kuning suram hingga kuning kemerahan, dan sisi bawah ekornya keabuan. Bahagian bawah dan sisi bawah ekornya merah gelap pada T. g. salatana. Spesies hampir samanya adalah Tupaia splendidula dan Tupaia montana.
Menu
Tupai_muncung_biasa PeneranganBerkaitan
Tupai Tupai merah Tupai muncung Tupai muncung Horsfield Tupai terbang Tupai muncung besar Tupai kerawak hitam Tupai muncung ekor kurus utara Tupai muncung bercat Tupai terbang dada kuningRujukan
WikiPedia: Tupai_muncung_biasa http://www.wildlife.gov.my/webpagev4_en/printed_ma... http://www.wildsingapore.per.sg/discovery/factshee... https://web.archive.org/web/20080312111543/http://... https://www.iucnredlist.org/species/111872341/1237... https://books.google.com/books?id=ICgoAAAAYAAJ&dq=... https://www.mybis.gov.my/sp/20526 https://archive.org/stream/transactionsofli13lond#...