Tupolev_Tu-144
Tupolev_Tu-144

Tupolev_Tu-144

[1][1]Tupolev Tu-144 (nama pengenalan NATO: "Charger'") adalah sebuah dari dua buah pesawat penumpang berkelajuan supersonik (SST) yang digunakan dalam perkhidmatan komersial, bersama-sama dengan pesawat Concorde. Pesawat ini dibina di bawah pengawasan Alexei Tupolev dari biro rekabentuk Tupolev di Kesatuan Soviet.[1]Tu-144 menyerupai dengan pesawat AĆ©rospatiale / British Aircraft Corporation Concorde. Ia dibangunkan pada waktu yang sama, dan terdapat banyak tuduhan mengatakan perisik Soviet telah memainkan peranan penting, memberi nama gelaran Tu-144 dengan nama "Konkordski" atau "Concordski". Tu-144 menjadi satu-satunya perusahaan pesawat penumpang komersial supersonik yang dibangunkan oleh Tupolev, di mana kebanyakan pesawat supersonik besar yang lain dibina berdasarkan spesifikasi tentera. Kesemua pesawat ini mendapat manfaat dari input saintifik dan teknikal dari TsAGI, Institut Aerohidrodinamik Pusat. McDonnell Douglas, Lockheed dan Boeing merupakan tiga buah pengeluar lain yang cuba untuk merekabentuk pesawat penumpang SST untuk pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1960-an, tetapi tidak berjaya.