Program TvN_(saluran_TV_Korea_Selatan)

Berita

Siri TV

Drama tvN dieksport ke pelbagai negara di Asia dan Amerika. Siri TV tvN dengan penilaian tertinggi ialah Crash Landing On You, Reply 1988 dan Guardian: The Lonely and Great God. Episod akhir Crash Landing On You merekodkan perkongsian penonton 21.683% seluruh negara menjadikannya drama dengan penilaian ketiga tertinggi dalam sejarah Televisyen kabel Korea dan juga drama tvN pertama untuk melepasi penilaian 20%, juga drama ini menerima pujian kritikal untuk lakon layar, arahan dan persembahannya. Reply 1988 menerima pujian kritis dan penonton dengan episod akhirnya mencatatkan perkongsian penonton 18.8% di seluruh negara, menjadikannya drama dengan penilaian keempat tertinggi dalam sejarah televisyen kabel Korea.[6]Selain itu, Guardian: The Lonely and Great God juga mendapat sambutan hangat dan secara konsisten mendahului penilaian penonton televisyen kabel dalam slot masanya. Episod terakhirnya mencatatkan perkongsian penonton 18.680% di seluruh negara mengikut platform berbayar Nielsen, menjadikan episod itu episod dengan penilaian keempat tertinggi dalam sejarah televisyen kabel Korea.[7] Ia menerima pujian kritikal dan menjadi fenomena budaya di Korea Selatan.[8]

Rujukan

WikiPedia: TvN_(saluran_TV_Korea_Selatan) http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2007/... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2017/... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://m.tving.com/live/C00551 http://tvn.tving.com/ http://tvn.tving.com http://www.koreatimes.co.kr/www/news/biz/2010/03/1... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/culture/2012/... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/culture/2014/... http://www.nielsenkorea.co.kr/tv_terrestrial_day.a...