Fungsi Tweede_Kamer

Dewan ini merupakan bahagian paling utama parlimen, di mana pembahasan undang-undang yang terusul berlangsung dan melihat kembali tindakan kabinet. Kedua-dua kabinet dan Tweede Kamer memiliki hak untuk mengusulkan undang-undang; di mana Tweede Kamer membahasnya. Jika usulan tersebut disetujui oleh majoritas, maka usulan tersebut akan dikirimkan kepada Eerste Kamer. Tweede Kamer juga akan mengulas kekinerjaan kabinet kerajaan dengan melakukan soal siasat yang formal lalu dapat menghasilkan usulan mendesak kabinet agar mengambil atau menahan diri daripada melakukan tindakan-tindakan tertentu. Sesiapapun dapat memegang jawatan yang menganggotai kedua-dua parlemen dan kabinet, melainkan kabinet sementara yang belum ada penggantinya selepas pilihan raya baru sahaj berlangsung.

Dewan ini juga bertanggungjawab dalam penglibatan memilih hakim menganggotai Mahkamah Agung Belanda dalam pusingan pertama; ia menyerahkan suatu daftar diisi tiga nama untuk setiap posisi yang kosong kepada Kerajaan. Selain itu, ia juga memilih ombudsman yang tersendiri.