Plot Twilight

Bella Swan, seorang remaja perempuan berumur 17 tahun berpindah ke sebuah pekan kecil iaitu Forks, Washington, untuk tinggal bersama ayahnya, Charlie. Di sana, dia tertarik dengan seorang rakan sekelas misteri, Edward Cullen, yang terbongkar sebagai seekor puntianak berumur 108 tahun, tetapi dari segi fizikal berumur 17 tahun. Walaupun Edward tawar hati dengan percintaan itu pada mulanya, mereka akhirnya jatuh cinta dengan mendalam. Apabila kedatangan 3 puntianak nomad, James, Victoria, dan Laurent, membahayakan nyawa Bella, Edward dan keluarganya, Alice Cullen, Carlisle, Esme, Jasper, Emmett dan Rosalie Hale, membahayakan nyawa mereka untuk menyelamatkannya.[4]