Twin_Peaks

Twin Peaks adalah siri televisyen drama seram misteri Amerika Syarikat yang dicipta oleh Mark Frost dan David Lynch yang ditayangkan pada 8 April 1990, di ABC. Kedudukan yang merosot menyebabkan pembatalannya selepas musim kedua pada tahun 1991. Ia bagaimanapun mendapat ikutan ramai dan telah dirujuk sebagai bahan budaya pop dalam pelbagai rancangan media. Pada tahun-tahun berikutnya, Twin Peaks sering disenaraikan di antara siri televisyen terhebat sepanjang masa, dan dianggap sebagai titik perubahan penting dalam drama televisyen.[3][4][5][6][7][8]Siri ini menyusuli siasatan yang diketuai oleh Ejen Khas FBI Dale Cooper (Kyle MacLachlan) dan Sheriff tempatan, Harry S. Truman (Michael Ontkean) dalam kes pembunuhan di bandar terpencil Twin Peaks, Negeri Washington, yang melibatkan seorang wanita bernama Laura Palmer (Sheryl Lee). Twin Peaks memainkan sebuah kisah fiksi detektif yang menarik, tetapi dengan nada menakutkan, unsur-unsur ghaib, dan 'kem', pembawaan tema melodramatik serta watak eksentrik juga memberi perhatian pada bidang hiburan Amerika dan topik seram.[9][10][6][11] Seperti karya-karya Lynch yang lain, ia bertemakan surealisme, humor di luar kotak, dan sinematografi tersendiri.[12] Skor muzik pula disusun oleh Angelo Badalamenti bersama dengan Lynch.[13]Kejayaan rancangan ini mencetuskan sebuah francais media yang terkemuka, dan siri ini disambungan oleh filem pada tahun 1992, Twin Peaks: Fire Walk with Me, yang berlatar belakangkan sebagai kisah sebelum kepada siri utama Twin Peaks. Buku dan novel Twin Peaks juga dikeluarkan. Berikutan tamatnya rancangan ini selama 25 tahun, ia kembali bersambung pada tahun 2017 dengan musim ketiga di Showtime, yang dipasarkan sebagai Twin Peaks: The Return dan Twin Peaks: A Limited Event Series. Musim ini diarahkan oleh Lynch dan ditulis oleh Lynch dan Frost, serta membintangi ramai pelakon asal, termasuk MacLachlan sebagai protagonis utama.

Twin_Peaks

Penggubah Angelo Badalamenti
Bahasa Inggeris
Negara asal Amerika Syarikat
Syarikat pengedaran CBS Television Distribution
Showtime Networks (2017)
Penerbit eksekutif Mark Frost
David Lynch
Sabrina S. Sutherland (2017)
Lagu pembukaan "Falling (Tema Twin Peaks)"
Diikuti oleh Twin Peaks: Fire Walk with Me (Filem 1992)
Format gambar 480i (4:3 SDTV)
1080p 4:3 (Blu-ray)
Format audio Dolby Surround 2.0
Dolby Digital 5.1 (DVD)
DTS-HD Master Audio 7.1 (Blu-ray)
Syarikat penerbitan Lynch/Frost Productions
Propaganda Films
Spelling Television
Twin Peaks Productions
Showtime (hanya untuk musim 3)
Rancho Rosa Partnership (hanya untuk musim 3)
Tempoh siaran 45–60 minit
94 minit ("Pilot" dan "May the Giant Be With You")
Pencipta Mark Frost
David Lynch
Siaran asal 8 April 1990 (1990-04-08) – Jun 10, 1991 (1991-06-10) (siaran asal)
21 Mei 2017 (2017-05-21) – September 3, 2017 (2017-09-03)
Sinematografi Ron Garcia ("Pilot")
Frank Byers (episod 2-29)
Bilangan episod 48 (Senarai episod)
Dibintangi oleh Kyle MacLachlan
Michael Ontkean
Mädchen Amick
Dana Ashbrook
Richard Beymer
Lara Flynn Boyle
Sherilyn Fenn
Warren Frost
Peggy Lipton
James Marshall
Everett McGill
Jack Nance
Ray Wise
Joan Chen
Piper Laurie
Kimmy Robertson
Eric Da Re
Harry Goaz
Michael Horse
Sheryl Lee
Russ Tamblyn
Kenneth Welsh
Genre Misteri
Drama[1]
Seram[2]
Bilangan musim 3
Saluran asal ABC (1990–91)
Showtime (2017)