Twins


Twins merupakan kumpulan penyanyi wanita Hong Kong yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh Emperor Entertainment Group (EEG). Twins terdiri daripada 2 ahli, Charlene Choi Cheuk-Yin dan Gillian Chung Yan-Tung.[1]. Twins merupakan kumpulan penyanyi wanita yang popular di Hong Kong dan China. Album Twins yang bertajuk "Girl Power" merupakan album yang paling laris di Hong Kong pada tahun 2004. Twins hampir memenangi semua anugerah bagi katogeri kumpulan penyanyi di Hong Kong dari tahun 2002 hingga 2007. Selain itu, Twins ialah kumpulan penyanyi pertama yang berjaya memenangi anugerah penyanyi wanita paling popular di Hong Kong. Kumpulan tersebut telah memenangi anugerah tersebut pada tahun 2007. Penerimaan anugerah ini telah membawa Twins ke satu kemuncak yang lagi tinggi. Kumpulan ini berpisah pada 2008 sebelum bersatu kembali pada 2010. [2] Selepas bersatu, Twins telah berjaya mengadakan konsert di Hong Kong (April 2010) dan Macau (November 2010). Pada 11 November 2010, Charlene Choi telah mengumumkan bahawa Twins akan mengeluarkan album Bahasa Mandarin ke-4 bagi Twins pada pertengahan tahun 2011.