Penubuhan Tyco

Pembentukan kugiran maya ini mendapat ilham daripada sambutan hangat kumpulan Gorillaz yang diilhamkan oleh Damon Albarn, anggota kumpulan rock British, Blur.

Pada tahun 2000, Kumpulan Tyco yang secara fizikalnya dianggotai oleh 3 bersaudara iaitu Norman, Yusri dan Edry masing-masing tampil dengan karakter alter ego tersendiri di alam maya yang juga membentuk kumpulan Tyco, iaitu Tylo, Yiko dan Psylo.[1] Bertahan untuk 1 album, kumpulan maya ini mengeluarkan lagu dalam bahasa melayu dan inggeris, lagu mereka yang paling popular ialah Bidadari.

Ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia bila ada kumpulan muzik wujud secara fizikal tampil sebagai kumpulan muzik maya dengan identiti yang berbeza.

Disebabkan jurang teknologi yang masih jauh, tidak banyak publisiti dan sambutan kurang hangat diterima oleh kumpulan ini. Situasi ini mungkin berbeza jika di era 2010an dimana capaian internet lebih meluas,warga Malaysia mahir dengan penggunaan gajet elektronik dan mereka boleh menggunakan platform YouTube untuk mempromosikan video klip animasi mereka.