Typhlopidae
Typhlopidae

Typhlopidae

Typhlopidae ialah sefamili ular buta yang tertumpu di kawasan tropika Afrika, Asia, Amerika, dan seluruh tanah besar Australia serta pelbagai pulau.[2] Sisik rostrumnya tergantung pada atas mulut untuk membentuk anggota pengorek seakan penyodok. Ia tinggal di dalam luban bawah tanah,dan oleh kerana deria penglihatannya tidak berguna, maka matanya sekadar tinggalan. Ia mempunyai tompok mata hitam yang mengesan cahaya, dan juga bergigi pada rahang atas. Ekornya berhujungkan sisik seakan tanduk. Kebanyakan spesies ini bertelur. Kini, dikenalpastinya 6 genus yang merangkumi 203 spesies.[3]