U.S._Bank_Tower_(Los_Angeles)
U.S._Bank_Tower_(Los_Angeles)

U.S._Bank_Tower_(Los_Angeles)

U.S. Bank Tower, dahulunya Library Tower dan First Interstate Bank World Center, ialah sebuah pencakar langit bertinggi 310.3 m (1,018 ka) di 633 West Fifth Street di pusat bandaraya Los Angeles, California. Ia merupakan bangunan tertinggi di negeri California, ke-10 tertinggi di Amerika Syarikat, dan bangunan ke-47 tertinggi di dunia (tepat pada November 2010). Memandangkan peraturan pembinaan setempat mewajibkan bangunan ini dilengkapi landas helikopter, ia juga bangunan tertinggi di dunia yang dilengkapi pangkalan helikopter di atas bumbung. Sehinggalah terbinanya Taipei 101, ia juga bangunan tertinggi yang terletak di atas kawasan seismik utama; strukturnya direka untuk menahan gempa bumi sekuat 8.3 pada skala Richter. Ia terdiri daripada 73 aras di atas tanah dan dua aras parkir di bawah tanah. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1987 dan siap pada tahun 1989. Bangunan ini direka oleh Henry N. Cobb dari firma jurubina Pei Cobb Freed & Partners dengan menelan belanja $350 juta. Ia merupakan salah sebuah bangunan yang paling terkenal di Los Angeles, dan sering digunakan untuk syot pengenalan untuk kota ini dalam filem dan rancangan televisyen.

U.S._Bank_Tower_(Los_Angeles)

Pemilik Library Square Associates LLC
Tingkat tertinggi 294.92 m (967.6 ka)
Lif/mesin pengangkat 24
Disiapkan pada 1989
Nama lama Library Tower
First Interstate Bank World Center
Pengurusan MPG Office Trust
Pembinaan bermula 1987
Kos AS$350,000,000
Lokasi 633 West Fifth Street
Los Angeles, California
Jurutera penstrukturan CBM Engineers Inc.
James A. Knowles & Associates
Bumbung 310.3 m (1,018 ka)
Kontraktor utama Turner Construction Company
Arkitek Pei Cobb Freed & Partners
Bilangan tingkat 73
Aras tingkat 1,300,000 ka2 (120,000 m2)
Jenis Pejabat perdagangan