Uch
Uch

Uch

Uch (Urdu: اوچ‎; "Ūch"), juga dikenali sebagai Ūch Sharīf (Urdu: اوچ شریف‎‎; "Noble Uch"), merupakan sebuah kota bersejarah di Punjab, bahagian selatan Pakistan. Uch mungkin telah diasaskan sebagai Iskandariah di Indus, sebuah kota yang diasas oleh Alexander Agung semasa pencerobohan Lembah Indus.[1][2] Uch merupakan sebuah kubu awal Kesultanan Delhi semasa penaklukan Islam di subbenua India. Uch menjadi pusat metropolitan serantau sekitar abad ke-12 dan ke-17,[2] dan memberi perlindungan kepada sarjana-sarjana Islam yang melarikan diri daripada penganiayaan dari kawasan lain.[2] Walaupun kini Uch merupakan kota kecil, ia terkenal dengan sejarah fabrik urban dan koleksi tempat-tempat suci untuk para Sufi sekitar abad ke-12 dan 15 yang dihiasi dengan jubin-jubin dan dan dibina dalam gaya seni bina Punjab selatan yang tersendiri.[2]

Rujukan

WikiPedia: Uch ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-II/... http://www.pakwheels.com/forumreply_az_TopicID!544... http://www.pbase.com/sethlazar/image/69594965 http://www.uchsharif.com/site http://www.wasaib.com/uchch-in-1878-a.d.html http://www.livius.org/a/pakistan/uch/alexandria.ht... http://whc.unesco.org/en/tentativelists/1883/ http://www.unescobkk.org/culture/wh/asia-pacific-h... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=U... https://www.flickr.com/photos/junaidrashid/sets/72...