Udo_Omar
Udo_Omar

Udo_Omar

Udo Omar atau nama sebenarnya Omar Hitam merupakan seorang pelakon filem Melayu Malaysia sekitar 1950-an. Sungguhpun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.[1]Penonton mungkin mengenali lakonannya sebagai watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu Labi. tapi kurang mengenali pembawa watak, iaitu Udo Omar atau nama sebenarnya Omar Hitam.

Udo_Omar

Pekerjaan Pelakon
Meninggal dunia 20 Februari 1980
Kelahiran Omar Hitam