Uhuru_Kenyatta
Uhuru_Kenyatta

Uhuru_Kenyatta

Uhuru Muigai Kenyatta (lahir 26 Oktober 1961) ialah seorang ahli politik Kenya dan Presiden Kenya yang ke-4. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Perdana Menteri Kenya sejak 2008 dan merupakan bekas Ahli Parlimen bagi Gatundu South. Kenyatta pernah menjadi pengerusi Kesatuan Kebangsaan Afrika Kenya (KANU) sebelum kini menjadi ketua Perikatan Kebangsaan (TNA). Kenyatta ialah anak kepada Jomo Kenyatta, presiden pertama Kenya (1964–1978).Dicalonkan ke Parlimen pada 2001, Kenyatta menjadi Menteri Kerajaan Tempatan di bawah Presiden Daniel arap Moi. Walaupun kurang pengalaman, beliau disokong Presiden Moi sebagai penggantinya; namun beliau tewas kepada calon pembangkang Mwai Kibaki dalam pilihan raya 2002. Beliau kemudian menyokong Kibaki dalam pilihan raya 2007. Pada April 2008, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan sebagai sebahagian daripada kerajaan campuran. Seterusnya, beliau menjadi Menteri Kewangan dari 2009 dan 2012 sambil kekal menjadi Timbalan Perdana Menteri. Didakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) melakukan terhadap kemanusiaan dalam krisis selepas pilihan raya 2007,[1] Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 26 Januari 2012.Uhuru bertanding sebagai calon dalam pilihan raya presiden pada 4 Mac 2013 dan mendapat 6,173,433 undi (50.03%) daripada sejumlah 12,338,667 undi yang dibuang. Memandangkan ini melebihi ambang 50% tambah 1 undi, beliau dianggap menang tanpa memerlukan pusingan kedua.[2]. Beliau lalu diisytiharkan sebagai Presiden Republik Kenya keempat pada 9 Mac.[3]Uhuru mengangkat sumpah sebagai Presiden Kenya ke-4 pada 26 Mac 2013.

Uhuru_Kenyatta

Lahir Uhuru Muigai Kenyatta
(1961-10-26) 26 Oktober 1961 (umur 58)
Nairobi, Kenya
Didahului oleh John Michuki (Pemangku)
Alma mater Kolej Amherst
Pasangan Margaret Gakuo (1991–kini)
Digantikan oleh Robinson Njeru Githae (Pemangku)
Parti politik Kesatuan Kebangsaan Afrika Kenya (Sebelum 2000)
Perikatan Kebangsaan (2000–kini)
Anak-anak Jomo
Ngina
Jaba
Sekutu gabunganpolitik lain Party of National Unity (2007–2012)
Jubilee Alliance (2012–kini)
Laman sesawang Tapak rasmi
Perdana Menteri Raila Odinga
Naib Presiden William Ruto