Menu
UiTM_Cawangan_Pahang AlumniJasa dan peranan UiTM yang telah melahirkan lebih daripada 888,803 graduan sejak penubuhannya adalah amat besar. Hakikat itu tidak boleh dinafikan dari sudut sejarah, angka mahu pun kajian empirikal. UiTM telah berjaya menjadi sebuah institusi kebanggaan dan harapan bangsa. Ia juga berjaya muncul sebagai satu `breeding ground’ dalam melahirkan para profesional dan separa profesional Melayu dan Bumiputera. Alumninya kini berada di merata-rata tempat dalam menyumbang kepakaran masing-masing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Alumni merupakan penyokong kuat sesebuah universiti yang amat bernilai. Mereka sentiasa mengambil berat akan perihal universiti dan sering menyertai program-program yang dianjurkan bagi mengekalkan hubungan erat dengan universiti.
Kampus UiTM Cawangan Pahang sehingga Januari 2020 telah mempunyai 28,475 orang alumni dan di bawah UiTM Cawangan Pahang terdapat satu persatuan alumni yang telah ditubuhkan dan dianggotai seramai 127 orang. Persatuan Alumni UiTM Pahang yang dikenali dengan nama ringkas PAUP telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 14 Jun 2011. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAUP bagi tahun 2007 – 2020.
Presiden : Abdul Halem Hj Mat Som
Timbalan Presiden : YBhg. Dato’ Amy Jarr Bin Amran
Naib Presiden : YBhg. Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz
Setiausaha : Norashikin Hj. Abd Hamid
Penolong Setiausaha : Khatilah Abdullah
Bendahari : Mohd Rozlan Mohamed Ali
Menu
UiTM_Cawangan_Pahang AlumniBerkaitan
UiTM UiTM Cawangan Sabah UiTM Kampus Seremban UiTM United FC UiTM Kampus Puncak Alam UiTM Kampus Kuala Pilah UiTM Cawangan Perak UiTM Kampus Jasin Melaka UiTM Cawangan Negeri Sembilan UiTM Kampus RaubRujukan
WikiPedia: UiTM_Cawangan_Pahang https://pahang.uitm.edu.my/v3/ https://web.archive.org/web/20200814230918/https:/... https://pahang.uitm.edu.my/