Penyelidikan UiTM_Cawangan_Perak

Dalam merealisasikan misi UiTM: “Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak” [UiTM Wiki], UiTM Cawangan Perak telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang penyelidikan melalui hasil kepakaran dan bidang tujahan yang dimiliki. Antara bidang kepakaran dan bidang tujahan UiTM Cawangan Perak khususnya di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) adalah:

1. Rekabentuk Senibina (Architectural Design)

2. Proses Pembinaan (Construction Process)

3. Rekabentuk Hijau (Green Design)

4. Kelastarian Pembangunan (Sustainable Development)

5. Pengurusan Pembinaan dan Projek (Project and Construction Management)

6. Pengurusan Kontrak dan Perolehan (Contract and Procurement Management)

7. Pengurusan Fasiliti (Facility Management)

8. Pengurusan Hartanah dan Estet (Estate Management and Property Management)

9. Senireka dan Senilukis (Art and Design)

10. Perancangan dan Rekabentuk Bandar dan Wilayah (Town and Regional Planning)

11. Senibina Landskap (Landscape Architecture)


UiTM Cawangan Perak merupakan kampus cawangan perintis yang mengukur prestasi penyelidikan menggunakan skor MyRA. Pihak pengurusan telah mengambil inisiatif kehadapan apabila menjadikan kampus ini sebagai kampus cawangan pertama yang mengukur prestasi staf akademik menggunakan sistem pengurusan MyRA bermula pada tahun 2015 dan diangkat sebagai salah satu elemen pengukuran utama. Sistem ini mengukur kompetensi staf akademik dalam pelbagai aspek seperti geran penyelidikan, penerbitan pelbagai peringkat dan beberapa lagi skor yang perlu dicapai bagi memastikan setiap hasil kerja diukur dan dinilai dalam sistem MyRA tersebut. Melalui inisiatif ini, UiTM Cawangan Perak telah mempertingkatkan PI i-UiTM supaya melebihi sasaran dan secara tidak langsung membantu mempertingkatkan skor MyRA seluruh sistem UiTM melalui kerjasama Pair2Publish dengan UiTM Cawangan Selangor.


UiTM Cawangan Perak juga telah meningkatkan kecemerlangan kesarjanaan akademia melalui pencapaian jumlah dana penyelidikan sebanyak RM1 juta yang telah melebihi sasaran Objektif Kualiti pada tahun 2018. Bagi meningkatkan kompentensi bagi penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan, PJIMA berfungsi mewujudkan pusat kecemerlangan penyelidikan dan penerbitan berimpak, PJIMA telah menggunakan pendekatan menganjurkan pelbagai aktiviti strategik seperti pembudayaan penyelidikan berkumpulan Special Interest Group (SIG) dan Research Interest Group (RIG) dengan memanfaatkan kemudahan Research Garden, program Go MyRA, Hunting for Research Group, perkongsian ilmu, taklimat penyelidikan dan lain-lain. Selain daripada itu, UiTM Cawangan Perak juga melaksanakan inisiatif Geran Khas Inisiatif Penyeliaan Perak (GKIPP) di mana geran ini membantu penyelia dalam tugas penyeliaan pelajar pasca siswazah dan membantu kepada peningkatan Graduate on Time (GOT) pelajar pasca siswazah. Selain itu, antara geran penyelidikan yang telah diperolehi adalah Geran Academic & Research Assimilation (ARAS), Geran Fundamental Research Scheme (FRGS), Geran Prototype Research Grant Scheme (PRGS), National Real Estate Research Coordinator (NAPREC) dan lain-lain.