Sejarah UiTM_Kampus_Puncak_Perdana

Kampus satelit UiTM Puncak Perdana yang terletak di Shah Alam, Selangor merupakan kampus terbaru Universiti Teknologi MARA. Fakulti Pengurusan Maklumat merupakan pelopor di kampus ini. Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media juga telah dipindahkan ke sini. Bukan semua pelajar baru dan lama akan masuk di sini walaupun sebelum ini para pelajar baru akan dihantar ke kampus Arau selama 1 semester. Pada awal 2005, kampus ini telah menerima pelajar-pelajar dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (dahulu Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik) walaupun lokasi pembelajaran mereka terletak di Seksyen 13 (Stadium Shah Alam). Fakulti tersebut telahpun berpindah sepenuhnya ke Puncak Perdana sekaligus menjadikan bangunan blok 6 sebagai fakulti rasmi mereka. Kini, hanya sebuah fakulti yang ada di UiTM Puncak Perdana iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat yang menduduki kampus ini.