UiTM_Kampus_Raub

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub merupakan salah satu daripada kampus kota Universiti Teknologi MARA yang terletak di Raub, Pahang Darul Makmur, Malaysia. Antara ketiga-tiga kampus UiTM di Pahang, kampus ini adalah yang terkecil.UiTM Kampus Raub merupakan sebuah kampus yang terletak di Mukim Gali di daerah Raub, Pahang. Ianya didirikan melalui perancangan oleh pengurusan tertinggi UiTM bagi memberi lebih banyak peluang pembelajaran dan pendidikan kepada kaum bumiputera.

UiTM_Kampus_Raub