Sejarah UiTM_Kampus_Raub

Kampus ini telah dibina secara Private Financial Initiative (PFI) oleh Syarikat Konsesi Utusan Intelek Sdn. Bhd dengan keluasan 80.5 ekar dan keluasan yang digunakan untuk pembangunan adalah seluas 30.5 ekar. Pembinaan kampus ini telah bermula pada 1 November 2012. Majlis pecah Tanah kampus ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri  pada 4 Mei 2013. Kampus ini berjaya disiapkan pada 31 Oktober 2015. Kampus ini telah diserahkan sepenuhnya kepada UiTM Cawangan Pahang pada 13 November 2015 dan mula beroperasi secara rasmi pada 15 November 2015.

Pada awalnya terdapat tiga fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dengan lima program yang ditawarkan iaitu Diploma Pentadbiran Awam (AM110), Diploma Pengajian Perniagaan (BM111), Diploma Pengajian Perbankan (BM119), Diploma Sains Komputer (CS110) dan Diploma Statistik (CS111) dengan jumlah pelajar secara keseluruhan adalah 2898. Bilangan pensyarah yang bertugas di Kampus Raub adalah 104 orang yang dibantu oleh kakitangan sokongan seramai 57 orang.

Pada tahun 2020, terdapat seramai 2654 orang pelajar dengan jumlah pensyarah seramai 86 orang dan dibantu oleh seramai 81 orang kakitangan sokongan.