Umbrella_Movement

Pergerakan Payung [1] (Bahasa Cina: 雨傘運動[2], Bahasa Inggeris: Umbrella Movement,) ialah suatu pergerakan politik yang muncul sewaktu tunjuk perasaan yang berlaku di Hong Kong pada tahun 2014.[3] - tunjuk perasaan tersebut digiatkan di serata negeri kota itu dengan tujuan menuntut pilihan raya yang lebih bebas,[4] selepas Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Negara China menetapkan suatu saringan calon-calon untuk pilihan raya memilih Ketua Eksekutif Hong Kong pada 31 Ogos 2014.[5][6]Istilah "Pergerakan Payung" ini datangnya daripada penggunaan payung oleh penunjuk perasaan untuk menangkis serangan gas pemedih mata polis sewaktu protes besar-besaran berlaku di seluruh Hong Kong.[7][8][9][10]